Assalamualaikum..
Untuk post kali ini kita belajar mengenai Frasa dan
Peribahasa.. eh, macam belajar bahasa Melayu pulak.. betul, bahasa Arab juga
seperti bahasa Melayu. Kita belajar perkara yang hampir sama namun berbeza
bahasanya. Okay, sebelum kita menterjemah frasa dan peribahasa ini, kita perlu
mengetahui serba sedikit tentang FRASA.
Apa itu frasa?
Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada susunan yang
mengandungi sekurang-kurangnya dua perkatan ataupun satu perkataan yang
berpotensi untuk diperluan menjadi dua perkataan atau lebih. (Nik Safiah Karim)
Contohnya : anak kecil, burung merpati
Jenis-jenis frasa ini ada pelbagai antaranya ialah Tarkib
al-Istilahi, Tarkib Idafi, Tarkib wasfi, Taukid, Badal dan ‘Ataf.
Tarkib tu apa ye??
Tarkib atau ‘ibarah bermaksud dikumpulkan dua perkataan atau
lebih yang mempunyai hubungan dan membentuk makna yang sempurna serta disusun
menjadi ayat yang sempurna.
الأمثال: بيت كبير,
كتاب مفيد, كتاب استاذ
Peribahasa pula…
Iaitu kata-kata yang ringkas dan padat yang meniti di bibir,
betul maknanya dan keadaan semasa menyerupai keadaan terdahulu. (‘Abd al-Majid
Qatamisy)
Dalam bahasa Arab, al-Amthal atau peribahasa terdiri
daripada dua jenis iaitu Al-Amthal al-Qiyasy (cerita yang selalu disebut untuk
menerangkan sesuatu perkara,atau menjadi bukti dan dibuat melalui
perbandingan). Yang kedua ialah al-Amthal al-Khurafy (peribahasa yang dibina
oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang atau cerita khurafat yang ada di
sekeliling mereka).
Hal ini berbeza dengan peribahasa Melayu yang terbahagi
kepada empat jenis iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah)
Bagaimana untuk menterjemah peribahasa ini? kita lihat
contoh yang dibawa oleh penulis…
يخبط في عمياء
jika diterjemahkan satu
persatu bermaksud ‘memukul dengan buta’ namun maksud yang tersirat dalam
peribahasa ini ialah يسير على
غير هدى أؤ يفعل الشيء عن جهل (berjalan tanpa ada hala tuju atau
melakukan sesuatu tanpa mengetahui faedahnya). Oleh itu, dapat disimpulkan
bahawa erti peribahasa ini dalam konteks peribahsa melayu ialah ‘membuta tuli’.
Terdapat juga peribahasa arab yang boleh kita faham secara
terus dan menterjemahkannya ke bahasa melayu. Sebagai contoh..
يد واحدة yang bermaksud مجتمعون, متعاونون (bekerjasama)
Sekian dari kami untuk perkongsian kali ini. moga bermanfaat :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan