Rabu, 25 Mei 2016

Terjemahan cerpen


Assalamualaikum semua,mari kita luangkan masa untuk terjemahkan cerita pendek ini yang bertajuk:


  لأرنب الكسلان

كان هناك أرنب يعيش مع زوجته في بيتٍ خشبيّ، وكان هناك حجرٌ أمام بيتهما، فقالت
الأرنوبة لزوجها: أبعد هذا الحجر عن الباب، ولكنّه رفض ذلك، وفي يومٍ من الأيّام وبينما كان الأرنب يجري ويلعب وقع على الحجر وكسرت قدمه، ولكنّه لم يتعلّم من خطئه، فكلّما شاهد الحجر تحاشاه ولم يقم بإزالته عن الطّريق.

وفي إحدى المرّات كانت الأرنوبة تعدّ فطيرةً، ولكن ينقصها العسل، والعسل موجود عند الدبّة، فقالت الأرنوبة لزوجها: اذهب وأحضر الدبّة إلى هنا لتأكل معنا؛ فهي تحضر العسل ونحن نجهّز الفطيرة، ولكنّه رفض ذلك بصوتٍ مرتفع حتّى سمعته الدبّة،  حضرت الدبّة وحدها ومعها قدرة العسل، وعندما وصلت باب بيت الأرنب لم تشاهد 
جرفوقعت على الباب الخشبيّ، فهدم البيت ووقع العسل


TERJEMAHAN :
                                              Arnab yang pemalas


      Dikisahkan ada seekor  arnab hidup bersama isterinya di sebuah rumah kayu. Di depan rumah itu terdapat sebongkah batu. Lantas Isteri arnab itu meminta padanya untuk menjauhkannya dengan berkata; " Jauhkan batu ini". Namun si arnab jantan menolak dan tidak mempedulikannya. Pada suatu hari si arnab jantan bermain dan berlari-lari di depan rumah, tiba-tiba dia tersepak  batu dan kakinya patah. Tapi sayang, si arnab tidak belajar dari kesalahannya. Padahal setiap hari dia sentiasa nampak batu tersebut akan tetapi ia belum menyingkirkannya dari tempat itu..

         Pada suatu hari, arnab betina membuat kuih donat. Tapi pada ketika itu, ia kekurangan madu untuk membuat

donatnya itu. Dan madu itu ada pada beruang. Arnab betina itupun berkata pada si arnab jantan; "pergi dan

ajaklah beruang untuk datang makan bersama kita, biar dia membawa madu dan kita menyiapkan kuih donatnya". 

Akan tetapi si arnab jantan itu malas dan menolak dengan suara yang kuat sehingga terdengar oleh beruang.

      Akhirnya beruang pun datang dengan sendiri sambil membawa madu. Ketika sampai di depan pintu rumah 

arnab, beruang tidak melihat batu sehingga dia pun turut tersepak dan  merobohkan pintu kayu itu. Akhirnya 

rumah arnab itu hancur dan dipenuhi madu.        

Selamat mencuba . Sekian ^.^



Ahad, 15 Mei 2016

Belajar terjemah iklan :)

Assalamualaikum semua,bertemu kembali hari ini :) Semoga kita mempertingkat ilmu pengetahuan kita dari hari ke hari. In shaa allah.. Mudah-mudahan.. ;)
Hari ini, kita belajar menterjemah iklan pulak ,nak? Agak-agak ape orang yang buat iklan ni hendak sampaikan ^.^ Jom terjemah sama-sama ye :)


Mari Belajar Bahasa Perancis -  تعلم الفرنسية

Untuk remaja dan ibu bapa -   للشباب واولياء الامور

Adakah anda mempunyai cita-cita untuk bercakap dalam bahasa perancis? -                
هل تمتنى ان تتحدث الفرنسية؟ 

Adakah anda ingin mendapatkan kaedah untuk membuat latihan dalam bahasa perancis? -
هل تمتنى ان تكتتسب قواعد الفرنسية بالممارسة؟

Segeralah ikuti kami dalam sesi pembelajaran bahasa perancis ini-
سارع بالنضمام معنا فى الدورات اللغة الفرنسية

Yuran langganan hanya 80 bagi satu sesi - قيمة الاشتراك 80 جنيه فى الشطر

Tempoh bengkel ini selama 3 bulan dan 4 kali dalam setiap sesi - 
مدة الدورة 3 شهور بمعدل 4 مرات فى الشطر


Sekian sahaja untuk kali ini, sekiranya terjemahan kami ini salah, mohon perbetulkan dalam komen yer .Terima kasih ^.^

Kita jumpa di lain hari :) IN SHAA ALLAH..





ITBM? APA ITU ITBM?

ITBM ialah sebuah Institusi Terjemahan dan Buku Malaysia. Institusi ini pernah dikenali sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia. ITBM ini ditubuhkan pada 14 September 1993 untuk menyediakan prasarana bagi mewujudkan industri terjemahan di Malaysia, selaras dengan haluan negara menuju Wawasan 2020.

ITBM ditubuhkan bertujuan untuk mengangkat industri terjemahan dalam negara, mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu pada semua peringkat, kebangsaan mahupun antarabangsa. ITBM juga bertanggungjawab memperkasa dan memperbanyak penerbitan karya asli penulis tempatan bagi merancakkan industri perbukuan negara selaras dengan perluasan mandatnya yang diumumkan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Disember 2011.

 Di ITBM ada menyediakan khidmat terjemahan profesional hampir dalam semua bidang dengan kualiti serta harga terbaik. Kelebihan berurusan di ITBM adalah semua bahan tidak sekadar diterjemah, tetapi juga disunting oleh editor, dan disemak oleh pembaca pruf untuk memastikan perkataan yang digunakan tepat serta sesuai.

Selain itu, editor juga bertanggungjawab memelihara gaya bahasa serta nuansa yang sesuai, bertepatan mengikut bahan sumber, dan pada masa yang sama, sentiasa memastikan ia memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.Institusi  memiliki sekumpulan tenaga kerja berkaliber yang terdiri daripada penterjemah dan editor berpengalaman serta pembaca pruf yang teliti. Ini selaras dengan misi ITBM untuk menawarkan khidmat terjemahan berkualiti tinggi dengan terjemahan yang dihasilkan sama seperti teks sumber. 






Membership

 Sekian,serba sedikit perkongsian mengenai ITBM.