Jumaat, 10 Jun 2016

terjemahan peribahasa


Assalamualaikum :)

Tahukah anda bagaimana hendak menterjemahkan peribahasa melayu dalam bahasa arab?


       Penterjemahan pribahasa(al-mathal) bukan sekadar proses menemukan padanan kata terjemahan dalam bahasa sasaran seperti yang diungkapkan oleh Catford (1965: 20), atau sekadar mengubah bentuk bahasa sumber ke bentuk lain yang sepadan dalam bahasa sasaran seperti yang dinyatakan oleh Machali (1998: 3), namun ia merupakan proses yang melibatkan perkataan tetapi bukan sekadar perkataan tertentu sahaja (makna tersirat) Pinchuck (1997: 30). Sementara itu, Catford (1965: 27), Nida dan Taber (1974: 3) bersetuju menyatakan setiap bahasa mempunyai ciri-ciri dan gayanya yang tersendiri. Oleh yang demikian, ciri dan gaya tidak boleh sewenang-wenangnya dipindahkan ke bahasa sasar tanpa melalui kaedah dan disiplin yang betul. Seterusnya, kajian ini bertujuan memaparkan sejauhmana strategi menterjemahkan korpus-korpus pribahasa (al-mathal) bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu seperti yang disarankan oleh pakar-pakar terjemahan dipatuhi. 

Maksud peribahasakata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan 
keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu.

Jenis peribahasa:

1) Al-Mathal al-mujaz: Peribahasa yang mengandungi kata-kata yang ringkas padat, selalu disebut orang dan mengandungi makna yang betul.

Contoh: َ اَلحرُبغَُشوم :perang itu kecelakaan untuk semua
  
2) Al-Mathal al-qiyasiy: Peribahasa berbentuk cerita atau kisah yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara, yang menjadi bukti kepada sesuatu perkara. Ia terhasil melalui perbandingan atau perumpamaan yang didasari oleh perbandingan dan qiyas.

Contoh:   إنَا لَمْ تَسَْتحيِ فَاصنَعْ مَا شِْئتَ ,: jika engkau tidak malu, lakukanlah apa yang engkau suka
  
3) Al-Mathal al-khurafiy: Peribahasa yang dibuat mengikut bahasa binatang, atau ia dibina berdasarkan cerita-cerita khurafat yang tersebar luas di sekeliling masyarakat.

Contoh:    : كرَحِم الفِيةلِ مةَ الحِمةا : seperti saudara kandung sang gajah dengan sang keldai
  


CONTOH-CONTOH PERIBAHASA YANG LAIN :


-  إنَّ عليكَ جَرْشًا فَتَعَشَّه : Biar lambat asal selamat
-  الحاجة تفتق الحيلة : Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
جَزَاءُ سِنِمَّار : Seperti melepaskan anjing tersepit
الصَّيْفَ ضَيَّعْتِ اللَبَنَ : Mendengar burug di langit, air di tempayan dicurahkan
إن المُنْبَتَّ لا أرضًا قَطَعَ ولا ظَهْرًا أَبْقَى : Lebai malang



Sekian, semoga bermanfaat :)

Isnin, 6 Jun 2016

LARAS BAHASA

Assalamualaikum w.b.t..
Salam Ramadhan al-Mubarak buat pembaca 'gadis osem' dan peminat terjemahan sekalian. Moga Ramdhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. InsyaAllah...

Kita sambung entri kita kali ini dengan tajuk laras bahasa. Dalam kuliah terjemahan kami,kami ada belajar mengenai laras bahasa ini. Apa itu laras bahasa sebenarnya??

Menurut Nik Safiah Karim laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. sesuatu bahasa bermaksud variasi bahasa yang telah dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Halliday pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Menurut beliau laras bahasa boleh berubah-ubah mengikut situasi.

Kesimpulannya, laras bahasa ini membawa maksud tertentu oleh penulis atau penuturnya. Misalnya, laras bahasa pembaca berita dan pemidato tidak sama. Laras bahasa tukang masak dan orang yang berada dalam bidang pemotoran juga adalah berbeza sama sekali.

Laras bahasa ini mempunyai beberapa jenis:

1. Laras bahasa biasa
  •  jenis ini adalah yang paling mudah difahami kerana ianya tidak terikat dengan mana-mana ilmu dan kebiasannya struktur ayatnya ringkas dan padat. Ayat basahan juga jarang digunakan dalam jenis ini
2. Laras bahasa perniagaan/iklan
  • seperti yang kita tahu, perniagaan atau iklan adalah untuk mempromosikan sesuatu produk atau acara. Maka, dalamnya ada slogan yang boleh menarik pembaca. Dalam iklan juga terdapat ayat-ayat yang kreatif dan inovatif. Ayatnya pendek-pendek namun bersifat adjektif dan menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan
3. Laras bahasa Sains
  • Laras bahasa ini ilmiah dan bersifat formal serta tidak menggunakan bahasa basahan dan lebih bersifat fakta untuk memberi informasi yang tepat kepada pembaca.  Oleh kerana ianya bersifat fakta, maka banyak istilah sains yang digunakan serta pinjaman kata dari bahasa Inggeris
4. Laras bahasa media massa
  • dalam laras ini adalah mudah untuk diterima kerana ianya tidak menggunakan ayat yang tinggi, hanya bahasa yang mudah, gaya tulisan jelas, dan ketepatan isi tulisan. Dalam media massa lebih mementingkan berita yang ingin disampaikan. Oleh itu, ia tiada istilah yang khusus dan teknikal.
5. Laras bahasa rencana
  • Bersifat melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun secara terperinci. Ianya mudah difahami oleh pembaca kerana bersifat umum dan hanya memfokuskan kepada satu tajuk sahaja
6. Laras bahasa undang-undang
  • Seperti yang kita tahu, teks yang bersifat undang-undang ini mempunyai akta dan perlembagaan didalamnya. Ianya juga menggunakan istilah inggeris dalam sesetengah perkataan. Ayat lebih bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat serta binaan ayatnya panjang.
7. Laras bahasa agama
  • Dalam laras bahasa agama, terdapat banyak perkataan yang diambil dari bahasa arab. Unsur-unsur ayat Al-Quran dan Hadis juga banyak terdapat dalamnya. Membincangkan isu-isu agama untuk memberi pengetahuan dan pengajaran terhadap orang lain. 
8. Laras bahasa sukan
  • Menggunakan istilah sukan dan bahasa/kosa kata yang mudah difahami kerana bahasanya ringkas dan jelas. bertujuan untuk memberi maklumat perihal sukan.
9. Laras bahasa sastera/kekreatifan
  • Dalam sastera, terdapat struktur ayat yang tinggi bagi dan dalam laras bahasa ini lebih bersifat imaginatif dan kiasan. Tulisan ini lebih kepada imaginasi penulis atau pengalam mereka.
10. Laras bahasa ekonomi
  • Walaupun dalam laras bahasa ini tidak mementingkan struktur ayat, namun ianya bersifat ilmiah dan mempunyai data-data yang spesifik. Mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit 
11. Laras bahasa akademik
  • Laras bahasa ini adalah paling penting kerana ianya bersifat ilmiah dan mementingkan kesempurnaan dan ketepatan sesuatu fakta. Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian. Bersifat formal, khusus dan sukar difahami jika tidak mempunyai ilmu pengetahuan dalamnya.

Kita dah mengetahui apa itu laras bahasa dan jenis-jenisnya kan? Kesimpulan yang saya dapat dalam kuliah dan pembacaan kami, untuk memterjemah perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam sesuatu bidang supaya kita tidak menterjemah sesuatu secara membuta tuli. Maklumat yang hendak disampaikan perlu betul agar tidak menimbulkan kekeliruan terhadap pembaca. Oleh itu, mari tambahkan ilmu kita dengan pembacaan buku-buku ilmiah. Barulah dapat menjadi penterjemah yang hebat dan disegani.

Sekian, moga bermanfaat..

Sabtu, 4 Jun 2016



Assalamualaikum semua..

Hari ini saya mula teringat tentang lagu Kun Anta. Lagu ni sangat popular dan sering diputarkan di corong radio.

Saya rasa tertarik untuk berkongsi maksud lagu ini di dalam Bahasa Melayu. Mari sama-sama kita lihat maksud lagu Kun Anta yang dinyanyikan oleh Humood Al Khair.



لِأُجَارِيْهِمْ، قَلَّدْتُ ظَاهِرَ مَا فِيْهِمْ 
Untuk bersama mereka, Aku meniru rupa dan apa yang dizahirkan mereka

فَبَدَوْتُ شَخْصاً آخَرْ، كَيْ أَتَّفَاخَر
Supaya aku menjadi seorang yang berbeza hanya untuk berbangga

وَ ظَنَنْتُ أَنَا، أَنِّي بِذَلِكَ حُزْتُ غِنَى
Dan aku sangkakan  jika aku lakukan seperti itu akan akan peroleh kelebihan 

فَوَجَدْتُ أَنِّي خَاسِر، فَتِلْكَ مَظَاهِر
Tetapi apa yang aku dapati hanyalah kerugian, disebabkan luaran semata-mata ini


كورَس:
لَا لَا
Tidak, tidak

لَا نَحْتَاجُ الْمَالَ، كَيْ نَزْدَادَ جَمَالًا، جَوْهَرْنَا هُنَا، فِي الْقَلْبِ تَلَالًا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, Kecantikan dalaman (jauhari) 
ada di sini di dalam hati ia bersinar

لَا لَا
Tidak, tidak

نُرْضِي النَّاسَ بِمَا لَا، نَرْضَاهُ لَنَا حَالًا، ذَاكَ جَمَالُنَا، يَسْمُو يَتَعَالَى
Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang kita tidak ada
Itulah kecantikan kita semakin bertambah dan meningkat ke atas

Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh, Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh, Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh

كُنْ أَنْتَ تَزْدَدْ جَمَالاً
Jadilah dirimu sendiri pasti akan bertambah kecantikan yang sedia ada 

أَتَقَبَّلْهُمْ، النَّاسُ لَسْتُ أُقَلِّدُهُمْ
Sungguhpun aku menerima mereka tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka

إِلَّا بِمَا يُرْضِينِي، كَيْ أُرْضِينِ
Melainkan apa yang aku terima itu aku redha


سَأَكُوْنُ أَنَا، مِثْلِي تَمَامًا هَذَا أَنَا
Aku ingin menjadi diriku sendiri seperti diriku sendiri, Inilah aku

فَقْنَاعَتِي تَكْفِينِي، ذَاكَ يَقِينِي
Kepuasanku mencukupi untuk diriku, Inilah keyakinanku

#كورَس

سَأَكُونُ أَنَا، مَنْ أَرْضَى أَنَا، لَنْ أَسْعَى لَا لِرِضَاهُمْ
Aku akan mengikut kemampuan diriku, Aku tidak perlukan orang lain menerimaku

وَأَكُونُ أَنَا، مَآ أَهْوَى أَنَا، مَالِي وَمَا لِرِضَاهُمْ
Aku akan jadi apa yang aku cintai ,Kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku

سَأَكُونُ أَنَا، مَنْ أَرْضَى أَنَا، لَنْ أَسْعَى لَا لِرِضَاهُمْ
Aku akan mengikut kemampuan diriku, Aku tidak perlukan orang lain menerimaku


وَأَكُونُ أَنَا، مَآ أَهْوَى أَنَا ، لَنْ أَرْضَى أَنَا بِرِضَاهُمْ
Aku akan jadi apa yang aku cintai ,Kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku



Semoga bermanfaat. 

Sekian untuk entri kali ini.

Khamis, 2 Jun 2016

Menterjemah Kata Nama Khas



Assalamualaikum.. haiii..

Kita berjumpa lagi..  kali ini nak kongsi pasal apa pulak ye?? Erm, kita kongsi pasal terjemahan Kata Nama Khas pula la ye..

Mesti semua tahu apa itu kata nama khas kan? Tapi, kami ingin berkongsi lagi apa yang kami belajar dalam kelas terjemahan hari itu.

Kata nama khas merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan sebagainya. Dalam konteks bahasa melayu, kata nama khas ditulis huruf besar pada perkataan yang pertama.

Contohnya : Muhammad, Comel, Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia, India dsb

Mungkin sesetengah orang lihat menterjemah Kata Nama Khas adalah mudah, namun ia tidak seharusnya dipandang enteng kerana terdapat juga kata nama Khas yang diterjemah lain dalam bahasa Arab sebagai contoh dalam kisah Melayu terdapat Pak Pandir namun jika diterjemah dalam bahsa arab ia menjadi Hatim at-Ta’i. 

Hal ini kerana, keadaan semasa arab lebih mengenali watak Hatim at-Ta’I berbanding Pak pander yang sebenarnya adalah dua watak yang sama.
Dalam konteks menterjemah nama orang atau tempat, tidak perlu berubah diterjemahkan kerana ia membawa maksud yang sama. Sekiranya diubah dikhuatiri merubah maksud ayat.

Contohnya Muhammad di terjemah sebagai محمد  juga begitu juga dengan Masjid Tanah, ianya menjadi مسجد تانه  juga dan bukannya مسجد الأرض. Namun, harus diingat bahawa dalam menterjemah dari  bahasa Arab ke bahasa Melayu, huruf besar di awal perkataan perlu dibuat.

Namun begitu, ada juga kata nama khas yang menterjemah mengituk bahasa Arab yang telah ada contohnya Universiti Kebangsaan Malaysia di terjemahkan kepada الجامعة الوطنية المليزيا.

Dapat disimpulkan bahawa kaedah menterjemah kata nama Khas ini terdapat tiga jenis iaitu:
-mengekalkan kata nama asal
-menggantikan kata nama asal dengan kata lain
-menggugurkan terus kata nama itu

Sekian, moga bermanfaat :)


Mengenal frasa & peribahasa


Assalamualaikum..

Untuk post kali ini kita belajar mengenai Frasa dan Peribahasa.. eh, macam belajar bahasa Melayu pulak.. betul, bahasa Arab juga seperti bahasa Melayu. Kita belajar perkara yang hampir sama namun berbeza bahasanya. Okay, sebelum kita menterjemah frasa dan peribahasa ini, kita perlu mengetahui serba sedikit tentang FRASA.


Apa itu frasa?

Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkatan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluan menjadi dua perkataan atau lebih. (Nik Safiah Karim)

Contohnya : anak kecil, burung merpati


Jenis-jenis frasa ini ada pelbagai antaranya ialah Tarkib al-Istilahi, Tarkib Idafi, Tarkib wasfi, Taukid, Badal dan ‘Ataf.

Tarkib tu apa ye??


Tarkib atau ‘ibarah bermaksud dikumpulkan dua perkataan atau lebih yang mempunyai hubungan dan membentuk makna yang sempurna serta disusun menjadi ayat yang sempurna.



 الأمثال: بيت كبير, كتاب مفيد, كتاب استاذ



Peribahasa pula…


Iaitu kata-kata yang ringkas dan padat yang meniti di bibir, betul maknanya dan keadaan semasa menyerupai keadaan terdahulu. (‘Abd al-Majid Qatamisy)


Dalam bahasa Arab, al-Amthal atau peribahasa terdiri daripada dua jenis iaitu Al-Amthal al-Qiyasy (cerita yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara,atau menjadi bukti dan dibuat melalui perbandingan). Yang kedua ialah al-Amthal al-Khurafy (peribahasa yang dibina oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang atau cerita khurafat yang ada di sekeliling mereka).


Hal ini berbeza dengan peribahasa Melayu yang terbahagi kepada empat jenis iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah)


Bagaimana untuk menterjemah peribahasa ini? kita lihat contoh yang dibawa oleh penulis…


يخبط في عمياء  


jika diterjemahkan satu persatu bermaksud ‘memukul dengan buta’ namun maksud yang tersirat dalam peribahasa ini ialah يسير على غير هدى أؤ يفعل الشيء عن جهل  (berjalan tanpa ada hala tuju atau melakukan sesuatu tanpa mengetahui faedahnya). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa erti peribahasa ini dalam konteks peribahsa melayu ialah ‘membuta tuli’.


Terdapat juga peribahasa arab yang boleh kita faham secara terus dan menterjemahkannya ke bahasa melayu. Sebagai contoh..


يد واحدة  yang bermaksud مجتمعون, متعاونون  (bekerjasama)


Sekian dari kami untuk perkongsian kali ini. moga bermanfaat :)