Jumaat, 29 April 2016

NAK TERJEMAH MESTI GUNA KAMUS J

Seseorang penterjemah perlu merujuk kepada alat bantu terjemah ketika hendak menterjemah sesuatu teks. Antara alat bantu terjemah ialah kamus.

Terdapat beberapa jenis kamus yang boleh digunakan antaranya:

1) Kamus Ekabahasa    menggunakan satu bahasa
                                  •Contoh: Kamus Dewan,Kamus Al-Wasit
2) Kamus Dwibahasa    menggunakan dua bahasa
                                  •Contoh: Kamus Besar Arab-Melayu Dewan
3) Kamus Aneka             sekurang-kurangnya menggunakan tiga bahasa
Bahasa/Multi Bahasa  •Contoh: Kamus Melayu-Cina-Inggeris

Selain daripada jenis,saiz kamus juga berbeza:

1) Kamus Mini 
- dikenali sebagai kamus saku,susah ditemui

2) Kamus Kecil
- biasa ditemui dan mudah dibawa

3) Kamus Besar
- tidak sesuai dibawa ke sana sini


Oleh yang demikian,kamus amat penting untuk setiap penterjemah.

Sekian saja untuk kali ini. :)













Jumaat, 22 April 2016

Peringkat Poses Penterjemahan

PENTERJEMAH HENDAKLAH MEMASTIKAN MEREKA MEMILIKI KRITERIA PENTERJEMAH SEPERTI BERIKUT:
  • Menguasi bahasa sumber dan bahasa sasaran dengan baik
  • Menguasai budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran dengan baik
  • Menguasai teori dan pendekatan terjemahan dengan baik
  • Menguasai ilmu bidang yang berkaitan dengan baik
  • Memiliki daya kreativiti dan inovatif
Nota: Dengan berbekalkan kelima-lima keupayaan dan kecekapan ini, barulah seseorang itu berkemampuan untuk melakukan kerja-kerja penterjemah :)

Mari kita lihat peringkat proses penterjemahan pula...

  1. PERINGKAT PRATERJEMAH
i ) Menerima teks sumber

Penterjemah perlu menerima tugasan dari klien dan mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh klien seperti tempoh penterjemahan, tarikh akhir hantar, format penulisan dan sebagainya. Penterjemah juga perlu memastikan bahawa bidang teks yang diberikan itu ialah bidang kepakarannya.

ii) Membaca dan memahami teks sumber

Baca teks sumber sepintas lalu dahulu bagi memahami jalan cerita yang hendak diterjemahkan dan kemudian barulah membaca dengan teliti supaya tidak terpesomg dari jalan cerita yang sebenar.

iii) menganalisi teks sumber

Dalam proses ini, tujuan penulis teks sumber menghasilkan tulisan ini perlu dikenal pasti. Ini kerana, lazimnya penulis menulis mengikut motif yang telah ditetapkan.

iv) Memilih pendekatan

Pemilihan pendekatan penterjemahan seperti pendekatan formal atau dinamik, pendekatan semantik atau komunikatif, pendekatan terjemahan yang berasaskan tempatan atau terjemahan yang berasaskan latar asing, pendekatan fungsian dan pragmatik serta pendekatan berasakan pembaca bergantung daripada maklumat yang diperoleh daripada analisis teks sumber.

     2. PERINGKAT MENTERJEMAH

i) Mencari padanan

Pencarian padanan dapat  dikenalpasti pada peringkat perkataan, frasa atau ayat. Hal ini bergantung pada konteks sumber. Dalam proses ini, pelbagai kaedah penterjemahan berdasarkan pendekatan penterjemahan yang ditetapkan dalam peringkan preterjemah dapat diaplikasikan.

ii) Menyemak terjemahan

Baca semula terjemahan yang dihasilkan sepintas lalu. Cara ini dapat membantu menterjemah penterjemah mengesan kesilapan major.  Pembacaan dan pembaikan, serta pembaikan dan pembacaan perlu dilakukan secara berulang kali sehinggalah penterjemahan berasa puas hati dengan terjemahan yang dihasilkan.

iii)Memerap terjemahan

Langkah pemerapan ini bertujuan untuk memberikan masa rehat untuk penterjemah. Tempoh pemerapan minimum sehari dan maksimum ialah seminggu. Pada masa ini, penterjemah boleh melakukan apa-apa aktiviti untuk menyegarkan kembali minda mereka.

iv) Menyunting terjemahan

Penyuntingan ini boleh dilakukan pada dua aspek utama iaitu aspek bahasa dan bukan bahasa. Aspek bahasa meliputi tatabahasa dan ketepatan makna terjemahan atau padanan manakala aspek bukan bahasa pula merangkumi budaya, kesan emosi pembaca dan kesan komunikasi teks terjemahan.

     3. PERINGKAT PASCATERJEMAH

i) Menguji terjemahan

Penterjemah wajar meminta sekurangnya  seorang penutur asli bahasa sasaran untuk membaca teks terjemahan yang dihasilkan untuk mendapatkan maklum balas dan ulasan yang bersifat objektif. Selain itu, terjemahan yang dihasilkan boleh diuji ketepatannya melalui penterjemahan semula.

ii) Menambah baik terjemahan

Berpandukan ulasan atau kritikan yang diperoleh, mana-mana bahagian yang lemah dalam terjemahan yang dihasilkan terdahulu perlu ditambah baik.

iii) Membaca pruf
Pada langkah ini, hal tentang format seperti fon, saiz fon, birai, langkau, warna fon, susun atur, ilustrasi, gambar rajah dan sebagaunya perlu disemak berdasarkan permintaan klien.

iv)Menghantar teks sasaran

Penterjemah perlu mengambil perhatian tentang soal hak cipta untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini  pada masa hadapan. Teks terjemahan juga perlu dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan untuk menjaga reputasi penterjemah.


Antara buku teori terjemahan yang ada di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM


P/S: Moga catatan ini berguna untuk para pembaca dalam menterjemah komik yang telah diupload sebelum ini. Nanti kami share jawapan kami di tulisan yang seterusnya pula.
Moga bermanfaat :)


Khamis, 21 April 2016

TERJEMAH MELAYU- ARAB

     


JOM KITA SAMA-SAMA TERJEMAH DIALOG INI DALAM BAHASA ARAB ..SEMOGA BERJAYA :)


Ahad, 3 April 2016

Siapa yang layak menjadi penterjemah?


Kelayakan yang perlu ada pada diri penterjemah ialah:

* Mengetahui bahasa sumber (asal)
-Seseorang penterjemah hendaklah mengetahui bahasa sumber secara mendalam dan mentafsirkan maksudnya dengan tepat. Selain itu, penterjemah juga perlu membezakan makna yang sesuai  untuk digunakan pada teks sasaran.

* Mengetahui bahasa sasaran
-Untuk menjadi penterjemah, seseorang itu mestilah mahir dalam bahasa yang hendak dituju iaitu dikenali sebagai bahasa sasaran bukan sahaja mahir dalam bahasa asal. Contohnya sekiranya penterjemah ingin menterjemah teks bahasa arab kepada bahasa melayu, seseorang itu perlu mengetahui cara penggunaan sesuatu ayat, makna, gaya bahasa dan sebagainya.

* Mengetahui bidang atau subjek
-Apabila menterjemah, seseorang itu mestilah memahami isi kandungan atau cerita yang hendak disampaikan di dalam teks dan mereka perlu membaca teks sepintas lalu buat kali pertama. Bahkan,Penterjemah hendaklah menterjemah teks dengan tepat mengikut makna asal supaya makna sebenar tidak lari. Seterusnya, mereka patutlah mengetahui jenis-jenis teks yang hendak diterjemah. Sebagai contoh, teks sastera daan teks khusus.

* Mengetahui teori terjemahan
-Seseorang penterjemah perlu mempunyai pengetahuan yang luas kerana mereka tidak semestinya memindahkan satu perkataan kepada satu perkataan sahaja akan tetapi, mereka perlu memindahlan idea,maklumat dan gaya bahasa.

* Mengetahui sasaran pembaca
-Semasa menterjemah, penterjemah perlu menjaga laras bahasa kerana sasaran pembaca bukan sahaja terdiri daripada satu golongan malah ia mempunyai pelbagai peringkat. Contohnya, jika teks yang diterjemah dalam bentuk teks kanak-kanak maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan golongan kanak-kanak supaya mereka dapat memahami dengan baik.


Sekian untuk hari ini, semoga kita berjumpa di post seterusnya :)



Apa itu terjemahan?

DEFINISI TERJEMAHAN

     Terjemahan ialah menulis semula sesuatu perkara / topik dengan bahasa yang bukan bahasa asalnya. Selain itu, terjemahan juga mempunyai pelbagai definisi mengikut beberapa pandangan: 

1) Menurut Newmark, terjemahan ialah suatu keahlian yang meliputi usaha mengganti pesan atau pernyataan tertulis dalam suatu bahasa dengan pesan atau pernyataan yang sama dalam bahasa lain. 

2) Menurut Wilss and Noss, terjemahan adalah proses pengalihan yang bertujuan mengubah teks tertulis bahasa sumber menjadi teks bahasa sasaran yang sepadan, yang membutuhkan pemahaman sintaksis, sistematis, dan pragmatis serta pengolahan analisa bahasa sumber.

3) Menurut Venuti, terjemahan ialah sebagai sebuah usaha untuk menghasilkan suatu teks yang transparan sehingga teks tersebut tidak kelihatan sebagai terjemahan.

Sekian terima kasih :) Selamat membaca :D