Ahad, 3 April 2016
Siapa yang layak menjadi penterjemah?
Kelayakan yang perlu ada pada diri penterjemah ialah:
* Mengetahui bahasa sumber (asal)
-Seseorang penterjemah hendaklah mengetahui bahasa sumber secara mendalam dan mentafsirkan maksudnya dengan tepat. Selain itu, penterjemah juga perlu membezakan makna yang sesuai untuk digunakan pada teks sasaran.
* Mengetahui bahasa sasaran
-Untuk menjadi penterjemah, seseorang itu mestilah mahir dalam bahasa yang hendak dituju iaitu dikenali sebagai bahasa sasaran bukan sahaja mahir dalam bahasa asal. Contohnya sekiranya penterjemah ingin menterjemah teks bahasa arab kepada bahasa melayu, seseorang itu perlu mengetahui cara penggunaan sesuatu ayat, makna, gaya bahasa dan sebagainya.
* Mengetahui bidang atau subjek
-Apabila menterjemah, seseorang itu mestilah memahami isi kandungan atau cerita yang hendak disampaikan di dalam teks dan mereka perlu membaca teks sepintas lalu buat kali pertama. Bahkan,Penterjemah hendaklah menterjemah teks dengan tepat mengikut makna asal supaya makna sebenar tidak lari. Seterusnya, mereka patutlah mengetahui jenis-jenis teks yang hendak diterjemah. Sebagai contoh, teks sastera daan teks khusus.
* Mengetahui teori terjemahan
-Seseorang penterjemah perlu mempunyai pengetahuan yang luas kerana mereka tidak semestinya memindahkan satu perkataan kepada satu perkataan sahaja akan tetapi, mereka perlu memindahlan idea,maklumat dan gaya bahasa.
* Mengetahui sasaran pembaca
-Semasa menterjemah, penterjemah perlu menjaga laras bahasa kerana sasaran pembaca bukan sahaja terdiri daripada satu golongan malah ia mempunyai pelbagai peringkat. Contohnya, jika teks yang diterjemah dalam bentuk teks kanak-kanak maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan golongan kanak-kanak supaya mereka dapat memahami dengan baik.
Sekian untuk hari ini, semoga kita berjumpa di post seterusnya :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan