- Menguasi bahasa sumber dan bahasa sasaran dengan baik
- Menguasai budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran dengan baik
- Menguasai teori dan pendekatan terjemahan dengan baik
- Menguasai ilmu bidang yang berkaitan dengan baik
- Memiliki daya kreativiti dan inovatif
Nota: Dengan berbekalkan kelima-lima keupayaan dan kecekapan ini, barulah seseorang itu berkemampuan untuk melakukan kerja-kerja penterjemah :)
Mari kita lihat peringkat proses penterjemahan pula...
- PERINGKAT PRATERJEMAH
i ) Menerima teks sumber
Penterjemah perlu menerima tugasan dari klien dan mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh klien seperti tempoh penterjemahan, tarikh akhir hantar, format penulisan dan sebagainya. Penterjemah juga perlu memastikan bahawa bidang teks yang diberikan itu ialah bidang kepakarannya.
ii) Membaca dan memahami teks sumber
ii) Membaca dan memahami teks sumber
Baca teks sumber sepintas lalu dahulu bagi memahami jalan cerita yang hendak diterjemahkan dan kemudian barulah membaca dengan teliti supaya tidak terpesomg dari jalan cerita yang sebenar.
iii) menganalisi teks sumber
iii) menganalisi teks sumber
Dalam proses ini, tujuan penulis teks sumber menghasilkan tulisan ini perlu dikenal pasti. Ini kerana, lazimnya penulis menulis mengikut motif yang telah ditetapkan.
iv) Memilih pendekatan
Pemilihan pendekatan penterjemahan seperti pendekatan formal atau dinamik, pendekatan semantik atau komunikatif, pendekatan terjemahan yang berasaskan tempatan atau terjemahan yang berasaskan latar asing, pendekatan fungsian dan pragmatik serta pendekatan berasakan pembaca bergantung daripada maklumat yang diperoleh daripada analisis teks sumber.
2. PERINGKAT MENTERJEMAH
i) Mencari padanan
Pencarian padanan dapat dikenalpasti pada peringkat perkataan, frasa atau ayat. Hal ini bergantung pada konteks sumber. Dalam proses ini, pelbagai kaedah penterjemahan berdasarkan pendekatan penterjemahan yang ditetapkan dalam peringkan preterjemah dapat diaplikasikan.
ii) Menyemak terjemahan
Baca semula terjemahan yang dihasilkan sepintas lalu. Cara ini dapat membantu menterjemah penterjemah mengesan kesilapan major. Pembacaan dan pembaikan, serta pembaikan dan pembacaan perlu dilakukan secara berulang kali sehinggalah penterjemahan berasa puas hati dengan terjemahan yang dihasilkan.
iii)Memerap terjemahan
Langkah pemerapan ini bertujuan untuk memberikan masa rehat untuk penterjemah. Tempoh pemerapan minimum sehari dan maksimum ialah seminggu. Pada masa ini, penterjemah boleh melakukan apa-apa aktiviti untuk menyegarkan kembali minda mereka.
iv) Menyunting terjemahan
Penyuntingan ini boleh dilakukan pada dua aspek utama iaitu aspek bahasa dan bukan bahasa. Aspek bahasa meliputi tatabahasa dan ketepatan makna terjemahan atau padanan manakala aspek bukan bahasa pula merangkumi budaya, kesan emosi pembaca dan kesan komunikasi teks terjemahan.
3. PERINGKAT PASCATERJEMAH
i) Menguji terjemahan
Penterjemah wajar meminta sekurangnya seorang penutur asli bahasa sasaran untuk membaca teks terjemahan yang dihasilkan untuk mendapatkan maklum balas dan ulasan yang bersifat objektif. Selain itu, terjemahan yang dihasilkan boleh diuji ketepatannya melalui penterjemahan semula.
ii) Menambah baik terjemahan
Berpandukan ulasan atau kritikan yang diperoleh, mana-mana bahagian yang lemah dalam terjemahan yang dihasilkan terdahulu perlu ditambah baik.
iii) Membaca pruf
Pada langkah ini, hal tentang format seperti fon, saiz fon, birai, langkau, warna fon, susun atur, ilustrasi, gambar rajah dan sebagaunya perlu disemak berdasarkan permintaan klien.
iv)Menghantar teks sasaran
Penterjemah perlu mengambil perhatian tentang soal hak cipta untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini pada masa hadapan. Teks terjemahan juga perlu dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan untuk menjaga reputasi penterjemah.
Antara buku teori terjemahan yang ada di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM
P/S: Moga catatan ini berguna untuk para pembaca dalam menterjemah komik yang telah diupload sebelum ini. Nanti kami share jawapan kami di tulisan yang seterusnya pula.
Moga bermanfaat :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan