Ahad, 15 Mei 2016

ITBM? APA ITU ITBM?

ITBM ialah sebuah Institusi Terjemahan dan Buku Malaysia. Institusi ini pernah dikenali sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia. ITBM ini ditubuhkan pada 14 September 1993 untuk menyediakan prasarana bagi mewujudkan industri terjemahan di Malaysia, selaras dengan haluan negara menuju Wawasan 2020.

ITBM ditubuhkan bertujuan untuk mengangkat industri terjemahan dalam negara, mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu pada semua peringkat, kebangsaan mahupun antarabangsa. ITBM juga bertanggungjawab memperkasa dan memperbanyak penerbitan karya asli penulis tempatan bagi merancakkan industri perbukuan negara selaras dengan perluasan mandatnya yang diumumkan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Disember 2011.

 Di ITBM ada menyediakan khidmat terjemahan profesional hampir dalam semua bidang dengan kualiti serta harga terbaik. Kelebihan berurusan di ITBM adalah semua bahan tidak sekadar diterjemah, tetapi juga disunting oleh editor, dan disemak oleh pembaca pruf untuk memastikan perkataan yang digunakan tepat serta sesuai.

Selain itu, editor juga bertanggungjawab memelihara gaya bahasa serta nuansa yang sesuai, bertepatan mengikut bahan sumber, dan pada masa yang sama, sentiasa memastikan ia memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.Institusi  memiliki sekumpulan tenaga kerja berkaliber yang terdiri daripada penterjemah dan editor berpengalaman serta pembaca pruf yang teliti. Ini selaras dengan misi ITBM untuk menawarkan khidmat terjemahan berkualiti tinggi dengan terjemahan yang dihasilkan sama seperti teks sumber. 






Membership

 Sekian,serba sedikit perkongsian mengenai ITBM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan