Rabu, 25 Mei 2016

Terjemahan cerpen


Assalamualaikum semua,mari kita luangkan masa untuk terjemahkan cerita pendek ini yang bertajuk:


  لأرنب الكسلان

كان هناك أرنب يعيش مع زوجته في بيتٍ خشبيّ، وكان هناك حجرٌ أمام بيتهما، فقالت
الأرنوبة لزوجها: أبعد هذا الحجر عن الباب، ولكنّه رفض ذلك، وفي يومٍ من الأيّام وبينما كان الأرنب يجري ويلعب وقع على الحجر وكسرت قدمه، ولكنّه لم يتعلّم من خطئه، فكلّما شاهد الحجر تحاشاه ولم يقم بإزالته عن الطّريق.

وفي إحدى المرّات كانت الأرنوبة تعدّ فطيرةً، ولكن ينقصها العسل، والعسل موجود عند الدبّة، فقالت الأرنوبة لزوجها: اذهب وأحضر الدبّة إلى هنا لتأكل معنا؛ فهي تحضر العسل ونحن نجهّز الفطيرة، ولكنّه رفض ذلك بصوتٍ مرتفع حتّى سمعته الدبّة،  حضرت الدبّة وحدها ومعها قدرة العسل، وعندما وصلت باب بيت الأرنب لم تشاهد 
جرفوقعت على الباب الخشبيّ، فهدم البيت ووقع العسل


TERJEMAHAN :
                                              Arnab yang pemalas


      Dikisahkan ada seekor  arnab hidup bersama isterinya di sebuah rumah kayu. Di depan rumah itu terdapat sebongkah batu. Lantas Isteri arnab itu meminta padanya untuk menjauhkannya dengan berkata; " Jauhkan batu ini". Namun si arnab jantan menolak dan tidak mempedulikannya. Pada suatu hari si arnab jantan bermain dan berlari-lari di depan rumah, tiba-tiba dia tersepak  batu dan kakinya patah. Tapi sayang, si arnab tidak belajar dari kesalahannya. Padahal setiap hari dia sentiasa nampak batu tersebut akan tetapi ia belum menyingkirkannya dari tempat itu..

         Pada suatu hari, arnab betina membuat kuih donat. Tapi pada ketika itu, ia kekurangan madu untuk membuat

donatnya itu. Dan madu itu ada pada beruang. Arnab betina itupun berkata pada si arnab jantan; "pergi dan

ajaklah beruang untuk datang makan bersama kita, biar dia membawa madu dan kita menyiapkan kuih donatnya". 

Akan tetapi si arnab jantan itu malas dan menolak dengan suara yang kuat sehingga terdengar oleh beruang.

      Akhirnya beruang pun datang dengan sendiri sambil membawa madu. Ketika sampai di depan pintu rumah 

arnab, beruang tidak melihat batu sehingga dia pun turut tersepak dan  merobohkan pintu kayu itu. Akhirnya 

rumah arnab itu hancur dan dipenuhi madu.        

Selamat mencuba . Sekian ^.^



1 ulasan:

  1. Harap maaf sekiranya terdapat kesalahan atau kesilapan dalam penulisan ini. Sekian.

    BalasPadam